Monday, 5 March 2012

Lawatan ke Pesta Buku Kebangsaan 2012

05.03.2012 pelajar-pelajar Sekolah ini mengadakan lawatan ke Pesta Buku Kebangsaan bertempat di ICC Berakas.
Seramai 75 orang penuntut dari sekolah ini telah menyertai lawatan tersebut.

Pelajar-pelajar diiringi oleh guru kelas masing-masing.



Majlis Penyampaian Lencana & Hadiah Peraduan Sempena Menyambut Hari Kebangsaan

Pada hari Sabtu lalu 3.3.2012 bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah telah diadakan majlis penyampaian lencana Prefek, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas serta Guru-guru dan kakitangan Sekolah.
Antara lencana yang disampaikan pada hari tersebut.
Dyg Aqilah binti Abdullah dilantik menjadi Penolong Ketua Prefek.


Ketua Kelas juga diberikan lencana.
Guru-guru juga menerima lencana mereka.


Kakitangan Sekolah juga menerima lencana mereka.

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian hadiah peraduan sempena menyambut Hari Kebangsaan ke 28 lalu.
Antara hasil karya pelajar-pelajar Tahun 4 dalam peraduan tersebut.

Para pemenang bagi Tahun 6.
Hasil kerja pelajar-pelajar dipamerkan didalam Dewan.
Hasil lukisan pelajar-pelajar PRA Sekolah. Melukis dan mewarnakan bendera Negara.
Barisan Prefek Sekolah 2012.

Barisan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang peraduan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 28. Majlis disempurnakan oleh GB.
Kegembiraan terlukis diwajah pelajar PRA Sekolah ini setelah mendapat hadiah melukis dan mewarna Bendera Negara.
Surprise element dalam majlis tersebut adalah penyampaian hadiah Harijadi kepada Guru-guru & kakitangan Sekolah yang meraikan harijadi mereka pada bulan Februari.
Cg Normasuhilah, Cg Rosni dan Awg Zali dengan hadiah masing-masing berdiri dihadapan penuntut-penuntut yang menyanyikan lagu Selamat Harijadi kepada mereka.
Penuntut-penuntut menyanyikan lagu Selamat Harijadi sambil bertepuk tangan.

Klinik Bolajaring Guru-Guru

Klinik bolajaring bagi Guru-guru telah bermula pada hari Jumaat 17hb Februari lalu. Klinik berkenaan adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan untuk melatih guru-guru cara-cara bermain bolajaring.
Cg Izyan dan Cg Sulastri adalah wakil Sekolah bagi kursus tersebut yang berjalan 3 kali Jumaat dan telah berakhir pada 2.3.2012 lepas. Mereka telah menerima sijil pada hari tersebut.



Saturday, 3 March 2012

Lawatan Kerja PPKD Tutong II

Pagi Khamis 01.03.2012 , PPKD , PPD dan PDP Tutong II telah berkunjung meninjau perjalanan Sekolah.
Beberapa isu telah dibincangkan dan diselesaikan dalam perjumpaan berkenaan.

Lawatan ke Perpustakaan Tutong

Pada 29.02.2012 lalu, penuntut-penuntut Tahun 1 hingga Tahun 6 telah melawat Dewan Bahasa Dan Pustaka Daerah Tutong.
Penuntut-penuntut berkenaan seramai 68 orang disertai oleh 10 orang Guru.
Sebelum lawatan dimulakan, mereka telah mendengar sedikit penerangan tentang Dewan Bahasa & Pustaka Tutong serta aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2012.
Penuntut-penuntut berpeluang membaca beberapa buah buku semasa lawatan tersebut.
Beberapa aktiviti seperti kuiz juga dijalankan untuk menguji minda mereka dan para pemenang telah diberikan hadiah.
Salah satu papan tanda yang terdapat di Dewan Bahasa & Pustaka Tutong.
Pelajar-pelajar Tahun 1.


Rombongan Sekolah mendengar taklimat yang diberikan oleh seorang pegawai perpustakaan Tutong.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah soalan kuiz bagi guru-guru dan pelajar-pelajar. Para pemenang diberikan hadiah penghargaan.



Gembira menerima hadiah daripada DBP Tutong.